Jika nampak Jurnal ini masih tak dikemaskini sila ke RangBulan ... mirror untuk Meraban
RangBulan
7.23.2008
Kos senggara mahal Kerajaan Terengganu bayar RM175,229.97 servis sebuah Perdana V6
Oleh NOR AZIAH JAAFAR
KUALA TERENGGANU 22 Julai – Kos menyenggara Proton Perdana V6 Executive yang dibayar oleh kerajaan Terengganu pernah mencecah RM175,229.97 dan RM132,357.76 sebuah untuk tempoh empat tahun.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabat Menteri Besar di sini hari ini, ia merupakan kos tertinggi yang terpaksa dibayar oleh kerajaan negeri untuk servis sebuah kereta model itu sejak tahun 2004 hingga sekarang.
Harga sebuah kereta Perdana V6 Executive dianggarkan dalam lingkungan RM130,000.
“Kerajaan Terengganu tidak mampu lagi membiayai kos penyenggaraan Proton Perdana V6 Executive.
“Sekiranya diperlukan, kerajaan negeri sedia mengemukakan bukti terperinci kos penyenggaraan dan kerosakan sejak mula Proton Perdana V6 Executive digunakan sebagai kereta rasmi,” kata kenyataan tersebut.
Sementara itu, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mazlan Ngah memberitahu Utusan Malaysia, semua kereta Proton Perdana V6 Executive milik kerajaan negeri Terengganu dibeli terus daripada syarikat pengedar kereta Edaran Otomobil Nasional (EON).
“Penyenggaraan kereta-kereta itu terbuka untuk dilakukan di mana-mana bengkel kerana tidak semua daerah di Terengganu mempunyai pusat servis Proton,” katanya.
Menurut kenyataan pejabat Menteri Besar, pembelian 14 buah Mercedes E200 Kompressor bagi menggantikan kereta Proton Perdana V6 sedia ada selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 1 Tahun 2008 Para 6 (II).
Pekeliling itu mensyaratkan penggunaan kenderaan rasmi hanya terdiri kenderaan buatan tempatan atau dipasang dalam negara (CKD). Kenyataan itu menyebut, penggunaan Mercedes E200 Kompressor memenuhi syarat berkenaan kerana model CKD itu dipasang di kilang di Pekan, Pahang.
Kerajaan negeri baru-baru ini telah membeli 14 buah kereta mewah tersebut dengan kos RM3.43 juta sebagai menggantikan Proton Perdana V6 Executive yang baru sahaja dibeli pada tahun 2004.
Pembelian itu dipertahankan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Said yang menjadikan kualiti kereta keluaran Proton sebagai alasan pembelian tersebut.
Kereta-kereta Mercedes itu bakal digunakan oleh Menteri Besar, Exco dan para pegawai kanan kerajaan negeri.
Walaupun setiap satu kereta Mercedes tersebut dibeli pada harga RM245,000 yang dikatakan lebih murah daripada harga pasaran, namun banyak pihak mengecam kerajaan Terengganu yang membuat pembelian berkenaan kerana ia bertentangan dengan arahan kerajaan Pusat yang menyarankan semua pihak berjimat cermat.
“Pembelian kereta Mercedes ini adalah telus serta wajar dan tidak sekali-kali menggunakan wang royalti minyak. Kewajaran pembeliannya adalah berdasarkan kelasakan serta kos penyenggaraan yang rendah,” ujar kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu lagi, kerajaan negeri berpuas hati dengan ciri-ciri keselamatan Mercedes E200 Kompressor.
Keselamatan, katanya, merupakan perkara yang penting memandangkan Exco dan pegawai kanan yang menggunakan kereta itu merupakan eksekutif tertinggi dalam kerajaan negeri yang keselamatan mereka perlu diutamakan.
“Menteri Besar sendiri masih menggunakan kereta Mercedes sedia ada bernombor pendaftaran TAR 567 yang berusia 18 tahun,” tambah kenyataan itu.
Selain itu, kerajaan negeri juga membuat keputusan pembelian itu dengan mengambil kira kenaikan harga minyak petrol dan nilai terpakai yang tinggi dalam pembelian kereta berkenaan.
Utusan Malaysia
Kerajaan Terengganu tetap perlu beli kereta nasional - Shahrir
23/07/2008 7:13pm
PUTRAJAYA 23 Julai — Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad berkata kerajaan Terengganu tetap perlu membeli kereta nasional dan bukannya Mercedes Benz yang dipasang dalam negara untuk anggota pentadbirannya.
Beliau berkata kerajaan Terengganu telah tersilap tafsir maksud kenderaan yang dipasang dalam negara mengikut Arahan Penbendaharaan kerana ia tidak melibatkan kereta tetapi hanya melibatkan kenderaan lain termasuk jip dan pacuan empat roda.
“Kadangkala ada keperluan kenderaan seperti pacuan empat roda untuk jabatan kerajaan. Jabatan kerajaan juga ada guna jip, jika nak beli jip bukan yang diimport tetapi yang dipasang di sini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini sebagai mengulas kenyataan Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said bahawa kerajaan negeri akan menggunakan kereta jenis Mercedes Benz sebagai kereta rasmi menggantikan Perdana V6 Executive kerana ia tidak melanggar Pekeliling Perbendaharaan yang berkaitan.
Shahrir berkata perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat kabinet hari ini dan perbincangan berasaskan kepada Arahan Perbendaharaan itu.
“Memang dari segi kerajaan adanya Arahan Perbendaharaan yang membolehkan membeli kenderaan yang dipasang dalam negara tetapi bagi anggota pentadbiran, ianya khusus kepada kenderaan Proton Perdana Executive. Mungkin itu yang jadi salah faham.
“Mereka mungkin tak baca untuk anggota pentadbiran, maknanya menteri, timbalan menteri, setiausaha parlimen, setiausaha politik dan juga ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri yang perlu pakai Proton Perdana, bukan terbuka kepada kenderaan yang dipasang di dalam negara,” katanya.
Shahrir berkata tiada keputusan baru dibuat berhubung perkara itu.
“Keputusan sudahpun dibuat bahawa sebenarnya sudah ada Arahan Perbendaharan menyatakan bahawa untuk kegunaan anggota pentadbiran iaitu termasuk ahli majlis mesyuarat kerajaan, digunakan Proton Perdana Executive,” katanya.
Beliau berkata jikapun ada masalah mengenai kereta Proton, maka kerajaan negeri perlu memberi input kepada Proton untuk meningkatkan kualiti produknya. — BERNAMA
Utusan Malaysia
7.22.2008
Ada yang Tak Kena Dengan Artikel Di bawah ni.........
Dilulus terbit pada Tuesday, July 22 @ 10:13:32 MYT oleh greenboc
Oleh ulitmayang
Ada satu artikel dalam online berita harian, 22 julai 2008 , selasa. Tuan – tuan dan puan –puan boleh baca di bawah.
Rasanya rakyat Malaysia , secara keseluruhannya , khususnya yang masih membaca suratkhabar berita harian [ yang masih belum boikot lagi ] , pasti mempunyai soalan dan pertanyaan seperti ini ;-
i. Kenapa pulak bapa saiful cabar Penasihat PKR serah DNA ?
ii. Apa kaitan bapa saiful dengan kes ini ?
iii.Bukankah semua urusan siasatan adalah tanggungjawab pihak polis ?
iv.Macam mana mangsa dan bapa mangsa yang lebih – lebih pulak dan semacam tahu semua ini ?
Mungkinkah rakyat Malaysia , tertanya – tanya juga soalaan ini ;-
* Kalau bapa saiful atau saiful sendiri yang
bertanya atau persoalkan berkaitan ujian DNA, semacam seolah – olah dia tahu dan maklum, kepentingan ujian tersebut
* Siapa yang memberikan tunjuk ajar, tentang peri pentingnya ujian DNA dalam kes ini ?
* Adakah dia juga mempunyai skrip perjalanan kes ini , iaitu berkaitan dengan tuduhan menyatakan adanya konspirasi liwat 2 DSAI ini ?
* Kalau , kita sebagai mangsa , yang berada dalam keadaan yang begini gawat , seluruh negara tahu dan memperkatakannya , mana mungkin , dengan waras , sedar dan sistematik pulak , boleh bercakap dan mempersoalkan satu hal atau perkara yang begitu besar , iaitu ujian DNA.
* Maknanya saiful ni berada dalam keadaan waras , celik dan sedar , serta katanya di dalam perlindungan polis .
* Mungkinkah ini juga bermakna saiful TIDAK berada dalam keadaan TRAUMA , MURUNG , dan mungkin CHENDERUNG UNTUK BUNUH DIRI, kerana dia kononnya diaibkan , malu yang besar dan tak tahu mana nak letak mukanya ,kerana menjadi ”MANGSA” LIWAT ?
[ Sekiranya difikirkan perlu , saiful perlu dirujuk ke Pakar Pskiaktri - Sakit Jiwa , dan perlu dihantar ke Hospital Tanjung Rambutan & Tampoi , untuk tujuan pengesahan ]
Persoalan – persoalaan ini dikhuatiri akan menyebabkan seluruh rakyat Malaysia , percaya dan mengakui serta membuat andaian, bahawa , semua ini adalah satu KONSPIRASI.
Benarkah begitu ?
Tuan – tuan dan puan – puan semua ada jawapan tersendiri.
Bapa Saiful cabar Penasihat PKR serah DNAOleh Petah Wazzan Iskandar
wazzan@bharian.com.myKUALA LUMPUR:
Bapa Mohd Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim, mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menjalani ujian DNA bagi membolehkan polis menyelesaikan segera siasatan berhubung dakwaan meliwat anaknya itu.
Beliau menegaskan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sepatutnya bekerjasama penuh dengan polis dan bukannya memberi pelbagai alasan dan berdolak-dalik.
"Anak saya mengambil sikap berani kerana benar dan beliau tanpa sebarang masalah memberi kerjasama sepenuhnya bagi membantu polis melakukan siasatan. "Anak saya juga menyatakan kesediaan dan kesanggupannya pada bila-bila masa untuk bersumpah mengikut cara Islam di hadapan ulama di mana-mana masjid demi menegakkan kebenaran, tetapi biarlah setelah polis selesaikan siasatan.
"Demi membela Mohd Saiful, saya dan keluarga menuntut dengan setegasnya supaya individu yang terbabit turut memberi kerjasama sepenuhnya dalam penyiasatan polis," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Kenyataan lima perenggan itu dibacakan peguamnya, Zamri Idrus, pada sidang media di sini. Turut hadir bapa saudara Mohd Saiful, dikenali sebagai 'Uncle Pet'.
Ini kali pertama keluarga Mohd Saiful mengeluarkan kenyataan sejak laporan polis mengenai kes liwat itu dibuat pada 28 Jun lalu.
Dalam laporannya, Mohd Saiful, 23, mendakwa Anwar meliwatnya di Kondominium Desa Damansara di sini pada 26 Jun lalu.
Sambil menyatakan kesedihannya berhubung kejadian yang menimpa anaknya, Azlan berkata: "Mohd Saiful berkali-kali memberitahu saya dan keluarga kami bahawa beliau bertindak begini kerana kebenaran dan berdoa kepada Allah supaya menunjukkan kebenaran itu.
"Yang terpenting, saya dan keluarga memohon kepada pihak berwajib membawa individu terbabit ke muka pengadilan secepat mungkin."